Thursday, October 18, 2012

PENIPUAN "USTAZ RAZIS ISMAIL"-HATI-HATI DENGAN HATI SENDIRI


Saya ada terbaca antara isu hangat yang dimainkan kebanyakan “blogger” tempatan mengenai seorang individu bernama “Ustaz Razis Ismail”, seorang “ustaz” yang dikesan telah melakukan banyak penipuan kepada “isteri-isteri”nya.

Luluh hati saya, termenung seketika apabila melihat gambar perkahwinan terbaru beliau dengan seorang gadis muslimah yang memakai niqab sebelum beliau meninggalkan gadis tersebut tergantung tidak bertali.  Saya merasakan seolah-olah agama saya dipersendakan oleh saudara seagama saya sendiri.  Saya sedih dan marah dengan pencipta filem “Innocence of Muslim” yang mempersenda dan menghina junjungan besar Rasulullah S.A.W, tetapi ia tidak lebih daripada saya sedih dan marah kepada saudara seagama saya sendiri yang mempersendakan agamanya kerana umum mengetahui pencipta filem tersebut adalah seorang “teroris agama” yang suka menghina agama orang lain.

Modus operandi beliau yang menggunakan cara  moden, menggunakan “Facebook” sebagai medium untuk untuk mengenali mereka dan memikat mereka dengan menggunakan wajah yang dikurniakan tuhan dan penampilan beliau yang islamik.  Seterusnya dia akan berjumpa dengan mangsanya secara F2F (face-to-face) sebelum memujuk mereka untuk berkahwin dengannya. Setakat ini dilaporkan ada 11 orang yang telah “berkahwin” dengan beliau dan semuanya ditinggalkan tergantung tidak bertali.  Selepas berkahwin, beliau akan menggunakan pelbagai strategi, kebanyakannya untuk tujuan agama bagi meminjam wang dalam jumlah yang besar daripada saudara mara “isterinya”.  Lebih menyedihkan, ada di antara mangsa yang ditinggalkan beliau dengan wang yang “dipinjam” ketika sedang mengandungkan anak mereka.

Selain memikat gadis muslimah, ada diantara mangsa adalah rakan, jiran dan tidak terlepas rakan sekerjanya.  Beliau telah beberapa kali ditangkap dan juga telah beberapa kali diikat jamin oleh keluarganya.  Kesnya pernah disiarkan di Harian Metro atas tuduhan tidak hadir ke mahkamah bagi menceraikan isterinya dan tuduhan melarikan wang pelanggan yang ingin menunaikan umrah.Beliau juga dikatakan kononnya seorang penganut tegar Syiah.



BUKAN GAMBAR HIASAN 1



BUKAN GAMBAR HIASAN 2



Pendapat peribadi saya, seorang “ustaz” (digelar atau menggelarkan diri sendiri?) yang mempunyai rekod buruk ini telah mencalarkan nama baik seluruh ummat Islam. Imej beliau yang nampak baik dan islamik telah disalahguna untuk kepentingan diri dan kesannya, seluruh ummat Islam akan disalahtafsir.

Sebagai seorang remajasiswa, saya faham dan sedar satu perasaan untuk disayangi dan disayangi pasti telah wujud dalam diri kita, dan pastinya kita semua sedang menuju ke  alam perkahwinan.  Ada di antara rakan kita yang tertulis untuk bertemu jodoh sewaktu masih lagi menuntut di universiti dan akan ada nanti yang akan berkahwin selepas menerima watikah kehormat pada hari konvokesyen.  

Saya amat berharap tiada sahabat Muslimah UUM akan menjejak langkah seperti "isteri-isteri" si "ustaz", dan tiada sahabat Muslimin UUM yang mencuba modus perandi si penjenayah. Saya doakan kawan-kawan saya dikurniakan pasangan yang baik dan membina keluarga bahagia yang tidak terhenti hanya di dunia.

Buat pilihan terbaik, bukan dari hati, tetapi daripada akal. 
Ingat, ikut hati mati, ikut rasa binasa.



*untuk cerita lanjut, Google nama "Ustaz Razis Ismail*

No comments: